|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 09/03/2018
JEMPUTAN MEDIA KE PROGRAM LAWATAN KERJA OLEH YBHG. TAN SRI DATO' SRI DR. ASEH B. HJ CHE MAT KE PERKESO PETALING JAYA
Dimaklumkan bahawa satu program lawatan kerja oleh YBhg. Tan Sri Dato' Sri Dr. Aseh B. Hj. Che Mat, Pengerusi PERKESO ke PERKESO Petaling Jaya, Selangor akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Isnin 12 Mac 2018
Masa : 9.30 Pagi
Tempat : Pejabat PERKESO Petaling Jaya, Wisma PERKESO, Lot 141, Seksyen 6, Jalan Selangor, 46990 Petaling Jaya
Program
9.30 pagi : Ketibaan para jemputan
9.45 pagi : Ketibaan Pengerusi Lembaga PERKESO
Lawatan ke Kaunter Utama dan Kaunter Aras 1
10.00 pagi : Minum pagi
10.15 pagi : Sesi Ramah Mesra Bersama Anggota PERKESO Negeri Selangor
11.00 pagi : Sesi Penyerahan Cek dan Alatan Pemulihan kepada Penerima Faedah
- Sistem Insurans Pekerjaan (SIP)
- Skim Bencana Pekerjaan & Skim Keilatan
11.45 pagi : Sidang Media
12.15 tengah hari : Bersurai
Tujuan jemputan ini dipanjangkan untuk membolehkan liputan dapat dibuat dan memaklumkan informasi terkini mengenai PERKESO supaya dapat disampaikan kepada orangramai. Dalam masa yang sama juga YBhg. Tan Sri juga akan menyerahkan cek dan peralatan pemulihan kepada penerima faedah PERKESO.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Lawatan kerja tersebut.
SUMBER : Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : En Zainol Abu
Tel : 012 6044478
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|