PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

Jun 22, 2018 -Jumaat

 
 
 

Rabu 14/03/2018

PROGRAM SKETSA KOMEDI CFM - "GAGS & COFFEE" #KupiKupisamaCFMbah

Sebagai pengenalan, Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) adalah sebuah forum industri yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang ditubuhkan sejak Februari 2001.

CFM mengambil inisiatif untuk mendekati para pengguna bagi memberi pemahaman tentang isu-isu komunikasi dan multimedia dalam bentuk yang lebih santai dengan persembahan sketsa komedi yang menampilkan pelawak tempatan seperti Mad Sabah dan AG Hafiz. Kesemua pelawak jemputan akan menyajikan kandungan hiburan komedi yang berkaitan dengan jenis aduan yang tertinggi diterima daripada penduduk Sabah serta masalah yang sering dihadapi pengguna dalam perkhidmatan telekomunikasi seperti Bil & Caj, Kualiti Liputan, Kualiti Perkhidmatan oleh syarikat penyedia perkhidmatan.

Melalui program ini, pengguna dapat memperoleh maklumat yang tepat di samping dapat menikmati hiburan komedi yang disajikan. Dalam masa sama, program ini juga bertujuan untuk menyampaikan tentang peranan CFM yang dapat membantu pengguna sekiranya menghadapi masalah dalam perkhidmatan komunikasi dan multimedia. Program tersebut bakal dihadiri oleh Pengerusi CFM, Pengurusan Tertinggi KKMM & MCMC.

Sehubungan itu, kami menjemput rakan-rakan media hadir ke PROGRAM SKETSA KOMEDI CFM - "GAGS & COFFEE" pada ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Sabtu 17 Mac 2018

Masa Perasmian : 6.30 PM - 7.30 PM

Tempat : PADANG MERDEKA, KOTA KINABALU, SABAH (PENTAS MINI)

Sila klik di sini untuk Program

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER :Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM)

UNTUK MAKLUMATLANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Roharrashidah Abdul Halil
Tel : 017 - 896 1588
Emel : roharrashidah@cfm.my

Nama : Nur Shazwani Zainuddin
Tel : 017 - 401 2010
Emel : shazwani@cfm.my

Nama : Noor Shadhdiella Abd Manan,
Tel : 019 - 324 6036
Emel : shahdiella@cfm.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2018 MREM . All rights reserved.