PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

September 25, 2018 -Selasa

 
 
 

Rabu 14/03/2018

JR. ECOLOGY CAMP 2.0 FOREST & WATER

Demi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang peri pentingnya alam sekitar dan bersempena dengan cuti persekolahan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan Jr. Ecology Camp 2.0 Forest & Water seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh :Ahad-Isnin 18-19 Mac 2018

Masa : Rujuk program

Tempat : Kingfisher Resort, Hulu Langat, Selangor


Pengenalan

Ekologi adalah cabang ilmu yang mengkaji habitat dan interaksi antara benda hidup dengan alam sekitarnya. Perkataan ini dicipta pada tahun 1866 oleh pakar biologi Jerman, Ernst Haeckel daripada perkataan Greek (oikos bererti "rumah" dan logos bererti "sains").

Faedah serta kepentingan sains dan ekologi dalam kehidupan seharian manusia memang tidak dapat dinafikan lagi. Manusia sebagai suatu organisme juga merupakan satu subjek ilmu ekologi. Melalui ekologi kita dapat mengenal lebih jauh apa sahaja makhluk yang terdapat di bumi ini dari pergunungan yang tinggi hingga ke dasar lautan yang dalam. Melalui ilmu ini juga kita dapat memahami peranan manusia di muka bumi.

Islam menggariskan prinsip serta peranan yang jelas dalam meningkatkan sumber daya manusia dalam memastikan kelangsungan ekosistem kehidupan. Sebagai makhluk ciptaan Allah, manusia telah diberikan ilmu pengetahuan untuk dikembangkan dan dimanfaatkan untuk diri dan lingkungannya.

Jr. Ecology Camp kali ini direka mengikut keperluan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kem ini akan menggunapakai kaedah 'Learning By Doing' dengan lebih menarik lagi, kelas di dalam hutan!

Objektif

i. Mendekatkan para peserta kepada penciptaan alam oleh Allah swt dan meningkatkan rasa syukur kepada-Nya atas anugerah alam yang tidak ternilai kepada manusia;

ii. Memperkenal kepentingan alam sekitar, dan tanggungjawab manusia melestarikan ekologi dan alam sekitar; dan

iii. Meningkatkan kemahiran peserta terhadap aplikasi sains yang diperoleh melalui ekologi alam sekitar.

Program

18 Mac 2018/ Ahad

8.00 - 9.00 pagi : Pendaftaran Peserta/Sarapan Pagi

9.00 - 11.00 pagi :

Sesi I
Ice Breaking "Kenali Ekosistem Kita"
Cgu Jiggo
Jurulatih Eco Kids

11.00 - 11.30 pagi : Minum Pagi

11.30 - 1.00 tghari :

Sesi II
Air dan Manusia
Cgu Jinggo

1.30 - 2.30 ptg : Makan Tengah Hari/ Solat Zohor/ Daftar Masuk

2.30 - 4.30 ptg :

Sesi III
Islam dan Air
Pn. Rosmidzatul Azila Mat Yamin
Felow, Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar

4.30 - 6.30 petang : Minum Petang/Solat Asar /Riadah (Nature Game)

6.30 - 8.30 petang : Khidmat Diri/ Solat Magrib/ Minum Malam

8.30 - 10.30 malam :

Sesi IV
Night Forest Walk
Cgu Jinggo

10.30 mlm : Minum Malam/ Penangguhan Hari Pertama

19 Mac 2018/ Isnin

7.00 - 8.00 pagi : Sarapan Pagi

8.00 - 12.00 tghari :

Sesi V
Outdoor 1
Forest Diversity
Jungle Trekking & river Crossing

Outdoor 2
Biology Indicator/ Live in Stream

Cgu Jinggo

12.00 - 2.00 petang : Makan Tengah Hari/ Khidmat Diri /Solat Zohor/ Daftar Masuk

2.00 - 3.30 ptg :

Sesi VI
LDK - Pembentangan Kumpulan

3.30 - 4.30 ptg : Minum Petang/ Sesi Bergambar/ Bersurai

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

SUMBER : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Pn. Zawiah Md. Sari
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Tel : 03-6204 6329/012-333 4253

Nama : Pn. Wan Zahidah Wan Zainuddin
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Tel : 03-6204 6330/019-276 8003

-BERNAMA


 
 
 

Copyright @ 2018 MREM . All rights reserved.