Disember 21, 2025 -Ahad

 
 
 

Jumaat 23/03/2018

JEMPUTAN: PROGRAM KOMUNITI AGROBANK

Agrobank akan menganjurkan Program Komuniti Agrobank. Program yang julung-julung kali diadakan ini merupakan program masyarakat yang mendekatkan Bank dengan penduduk tempatan. Pelbagai aktiviti disediakan kepada pengunjung yang hadir seperti pamerah dan jualan, taklimat pembiayaan oleh Agrobank, pemeriksaan kesihatan percuma dan lain-lain.

Program ini ada dihadiri oleh YB Dato' Wira Othman Aziz, Timbalan Menteri Kewangan 1 merangkap Ahli Parlimen Jerlun dan YB Dato' Abu Hasan Sharif Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh.

Untuk makluman, YB Dato' Wira Othman Aziz juga akan menyampaikan ucapan pada program ini dan seterusnya melancarkan Program Jerlun Entrepreneur Initiative (JEDI). Di samping itu, beliau juga akan menyampaikan penyerahan zakat Agrobank, penyerahan penajaan korporat Perlindungan Takaful Kasih Plus & Agro Nurani, penyerahan surat tawaran pembiayaan dan penyampaian sijil pelantikan AGROAgent.

Berikut adalah maklumat berkaitan program ini:

Hari/Tarikh : Sabtu 24 Mac 2018

Masa : 10:30 pagi - 2:00 petang

Tempat : Taman Arowana, Ayer Hitam, Kedah

Sila klik di sini untuk Program

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

Sumber : Agrobank

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Encik Budiotomo Othman
Ketua Bahagian, Perhubungan Awam, Agrobank
Tel : 03-2731 1600 (ext 1656) / 016-350 4274

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.