Disember 20, 2025 -Sabtu

 
 
 

Selasa 27/03/2018

MAJLIS PENUTUP PROGRAM TUNAS USAHAWAN BELIA BUMIPUTERA (TUBE) 5.0 2018 PERINGKAT NEGERI SARAWAK

SME Corp. Malaysia akan mengadakan Majlis Penutup Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) 5.0 2018 peringkat negeri Sarawak yang akan berlangsung di Kem PLKN Putra Sentosa, Sematan, Sarawak. TUBE 5.0 ini telah dijalankan selama 3 minggu di 16 buah kem PLKN di seluruh negara bermula dari 9 Mac - 29 Mac 2018. Program TUBE 5.0 ini bertujuan bagi membantu memperkasa modal insan di bawah agenda Transformasi Kesejahteraan Bumiputera (TKB) yang dilaksanakan oleh Kerajaan. Majlis Penutup Program TUBE 5.0 peringkat negeri Sarawak akan disempurnakan oleh YB Datuk Amar Hj Awang Tengah Bin Ali Hasan, Timbalan Ketua Menteri, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Usahawan dan Menteri Pembangunan Luar Bandar & Sumber Asli (II) Sarawak.

Majlis Penutup Program TUBE 5.0 2018 peringkat negeri Sarawak akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Rabu 28 Mac 2018

Masa : 2.30 Petang

Tempat : Kem PLKN Putra Sentosa, Sematan, Sarawak

Tetamu Kehormat : YB Datuk Amar Hj Awang Tengah Bin Ali Hasan, Timbalan Ketua Menteri, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Usahawan dan Menteri Pembangunan Luar Bandar & Sumber Asli (II) Sarawak

Program
Sila klik disini


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

Sumber : SME Corp. Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Nor Azian Md Yusof
Tel : 03-2775 6174
Emel : azian@smecorp.gov.my

Nama : Encik Ahmad Mu'izz Mohd Yusof
Tel : 03-2775 6275
Emel : muizzyusof@smecorp.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.