Disember 20, 2025 -Sabtu

 
 
 

Selasa 27/03/2018

MAJLIS ANUGERAH MEDIA MITI 2018

MITI akan mengadakan Majlis Anugerah Media MITI 2018. Bagi tahun pertama pelaksanaan Anugerah Media MITI 2018, empat kategori dipertandingkan iaitu dua kategori untuk media cetak dan portal berita - mempertandingkan rencana terbaik dan eksklusif; dan dua lagi kategori untuk media penyiaran televisyen dan video portal berita dalam mencari karya terbaik untuk berita terbaik dan laporan khas terbaik.

Anugerah Rakan Media MITI turut akan diberikan sebagai penghargaan kepada mana-mana pertubuhan media cetak dan media elektronik yang memberikan sokongan menerusi publisiti dan pelaporan berita yang berterusan kepada pihak Kementerian.

Sehubungan itu, wakil-wakil media adalah dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan majlis ini. Bersama-sama ini dilampirkan kad jemputan digital untuk maklumat selanjutnya mengenai majlis ini. Dimohon untuk mengesahkan kehadiran kepada Puan Jamaliah Abdul Rahman, di talian 03-6200 0083 atau e-mel jamaliah.r@miti.gov.my selewat-lewatnya pada 27 Mac 2018.

Hari/Tarikh : Rabu 28 Mac 2018

Masa : 7.30 malam - 10.30 malam

Tempat : Dewan Perdana, Menara MITI

Kod Pakaian : Formal

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nur Alia Binti Shamsul Hidzry
Strategic Communications Unit
Tel : +603 6200 0086
Fax : +603 6206 4293
Emel: alia.hidzry@miti.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.