|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 27/03/2018
KURSUS PENGURUSAN STRES: KELEBIHAN DI SEBALIK TEKANAN
Demi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang peri pentingnya pengurusan stres, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan "Kursus Pengurusan Stres: Kelebihan Di Sebalik Tekanan" seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Rabu-Khamis 28 & 29 Mac 2018
Masa : Rujuk Program
Tempat : Hotel Bangi-Putrajaya
Pengenalan
Sudah banyak program yang dianjurkan mengenai stres. Namun berapa ramai antara kita yang betul-betul faham maksud sebenar stres dan berapa ramai pula antara kita yang mampu mengawalnya?
Berada dalam masyarakat yang sentiasa mengejar kemajuan dan kejayaan menyebabkan semakin ramai berada dalam keadaan stres.
Tetapi, pernahkah kita cuba memahami stres? Tahukah kita bahawa stres juga ada kebaikannya?
Stres tidak hanya membawa keburukan kepada diri kita. Sebaliknya ia juga penting untuk kita menyesuaikan diri dan mempertingkatkan diri dalam sesuatu keadaan. Apatah lagi untuk psikologi manusia mahu pun motivasi individu itu sendiri.
Jadi, sebenarnya mempunyai perasan risau dan mengalami sedikit rasa tertekan bukanlah sesuatu yang sangat buruk. Ia merupakan satu kelebihan kerana ia membantu kita untuk mendapat hasil yang lebih baik di kemudian hari.
Dalam hal ini, Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Ujian yang tiada henti-hentinya menimpa kaum mukmin baik lelaki atau wanita yang mengenai diri, harta dan anak-anaknya, tetapi dia bersabar, dia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa."
(HR At-Tirmidzi)
Objektif
Bengkel ini akan:
i. Mendedahkan peserta kepada takrif dan jenis-jenis stres, serta kelebihan tekanan atau stres;
ii. Memberikan kefahaman tentang pengurusan stres;
iii. Meningkatkan kemahiran peserta dalam teknik pengurusan stres.
Program
Hari Pertama (28 Mac 2018)
7.30 - 8.30 am : Pendaftaran
8.30 - 10.30 pm : Modul 1
MENEROKA STRES & TEKANAN
Prof Madya Datin Dr. Noraini Othman
AHLI IKIM
10.30 - 11.00 am : Minum Pagi
11.00 - 1.00 pm : Modul 2
TEKNIK PENGURUSAN STRES
- Teknik Relaksasi
- Teknik Imageri
- Pendekatan Psikospiritual
Prof Madya Datin Dr. Noraini Othman
AHLI IKIM
1.00 - 2.30 pm : Minum Petang / Check In / Makan Malam /
2.30 - 4.30 pm : Modul 3
STRES DALAM KERANGKA ISLAMI
"Tekanan dan Ujian: Bertuahlah Anda"
Ustaz Noor Derus
Tetamu Program IKIMfm
4.30 - 5.00 pm : Jamuan Ringan / Bersurai
Hari Kedua (29 Mac 2018)
7.00 - 8.00 am : Sarapan Pagi
8.30 - 10.30 am :
Modul 4
KUASA MINDA DALAM PENGURUSAN STRES
Pn. Zarita Bt Kasim
Perunding Korporat
Unit Perundingan IKIM
10.30 - 11.00 am : Jamuan ringan
11.00 - 1.00 pm :
Modul 5
STRES: KENALI POTENSI DIRI
Dr.Rafidah Kastawi
Pengasas RFK Training
1.00 - 2.30 pm : Makan Tengahari / Solat Zuhur
2.30 - 4.30 pm :
Modul 6
Terapi Pengurusan Stress
TERAPI MUZIK - DRUM CIRCLE
En. Haiqal Hermansyah
Jurulatih Colours Of Sound
4.30 - 5.00 pm : Minum Petang / Bersurai
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.
SUMBER : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat, IKIM
Nama : Pn. Zawiah Md. Sari
Tel : 03-6204 6329/019-333 4253
Nama : Pn. Wan Zahidah Wan Zainuddin
Tel : 03-6204 6330/019-276 8003
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|