Disember 20, 2025 -Sabtu

 
 
 

Rabu 28/03/2018

MAJLIS PELANCARAN KAD DEBIT-i BANK ISLAM VISA BERSAMA PERSATUAN BADMINTON MALAYSIA (BAM)

Bank Islam Malaysia Berhad ("Bank Islam") akan melancarkan kad jenama bersama Persatuan Badminton Malaysia ("BAM") yang dinamakan Kad Debit-i Bank Islam Visa BAM. Kad ini dikeluarkan bagi memberi peluang kepada para peminat dan penyokong setia sukan badminton negara untuk menyumbang kepada pembangunan BAM serta skuad badminton negara.

Majlis pelancaran ini akan disempurnakan oleh Yang Hormat Dato' Sri Mohamad Norza Zakaria, Presiden BAM dan Encik Khairul Kamarudin, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 29 Mac 2018

Masa : 10.30 pagi

Tempat : Dewan Nusantara 3, Tingkat 2, Sheraton Imperial Hotel Kuala Lumpur

Pakaian: Rasmi/Pejabat


Program

10.30 pagi : Ketibaan tetamu undangan dan para wakil media

11.00 pagi : Ketibaan tetamu kehormat

11.05 pagi : Alu-aluan oleh Pengerusi Majlis

Bacaan Doa

11.10 pagi : Ucapan oleh Encik Khairul Kamarudin,
Ketua Pegawai Eksekutif, Bank Islam Malaysia Berhad

11.15 pagi : Ucapan oleh Yang Hormat Dato' Sri Mohamad Norza Zakaria,
Presiden, Persatuan Badminton Malaysia (BAM)

11.20 pagi : Sesi menandatangani kerjasama antara Bank Islam dengan BAM

Gimik Pelancaran

Sidang Media

11.50 pagi : Jamuan Makan Tengah Hari

Majlis dijangka selesai

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Pelancaran tersebut.

SUMBER: Bank Islam Malaysia Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Wan Norkhairi Wan Samad
Tel : 019-3394491 / 03-2782 1232 / 03-2781 2943
Faks : 03-2781 2998

Nama : Omar Atin
Tel : 019-3919144 / 03-2782 1232 / 03-2781 2943
Faks : 03-2781 2998

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.