|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 28/03/2018
Majlis Penutup Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) 5.0 2018 Peringkat Kebangsaan
Sukacita dimaklumkan bahawa, SME Corp. Malaysia akan mengadakan Majlis Penutup Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) 5.0 2018 peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. TUBE 5.0 ini telah dijalankan selama 3 minggu di 16 buah kem PLKN di seluruh negara bermula dari 9 Mac - 29 Mac 2018. Program TUBE 5.0 ini bertujuan bagi membantu memperkasa modal insan di bawah agenda Transformasi Kesejahteraan Bumiputera (TKB) yang dilaksanakan oleh Kerajaan. Majlis Penutup Program TUBE 5.0 peringkat Kebangsaan akan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Ahmad Bin Maslan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Sehubungan dengan ini, kerjasama dan sokongan Tuan/Puan adalah amat kami harapkan untuk hadir dan membuat liputan semasa Majlis Penutup Program TUBE 5.0 2018 peringkat Kebangsaan yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Sabtu 31 Mac 2018
Masa : 2.30 petang
Tempat : Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Tetamu Kehormat : YBhg. Tan Sri Ir. (Dr.) Mohamed Al Amin Abdul Majid
Pengerusi SME Corp. Malaysia
Sila klik di sini untuk Program
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
Sumber : SME Corp. Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Nor Azian Md Yusof
Tel : 03-2775 6174
Emel : azian@smecorp.gov.my
Nama : Encik Ahmad Mu'izz Mohd Yusof
Tel : 03-2775 6275
Emel : muizzyusof@smecorp.gov.my
-BERNAMA |
|
|
|
|
|