|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 29/03/2018
Himpunan Usahawan Bumiputera (HUB) 2018 & Karnival Jom Niaga Wilayah Tengah 2018
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) melalui SME Corp. Malaysia akan menganjurkan Program Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 (HUB 2018) pada 30-31 Mac 2018 di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Komponen utama Program HUB 2018 ialah:
1. Himpunan 14,000 Usahawan Bumiputera :
~dijangka seramai 14,000 usahawan dan PKS Bumiputera akan berhimpun untuk mendengar amanat daripada YAB Perdana Menteri. Selain itu, himpunan ini juga memberi peluang kepada usahawan untuk mengukuhkan jaringan perniagaan.
2. Sembang Petang Bersama Perdana Menteri & Menteri MITI (30 Mac 2018, 3:00 petang - 6:30 petang)
~ Sesi ini akan dikelolakan oleh Dato' Rosyam Noor dan turut disertai oleh YB Menteri MITI
3. Kapsul @ HUB2018
~ Sesi interaksi bersama Menteri:
i) YB Tan Sri Noh Haji Omar, Menteri KPKT (30 Mac 2018, 11:00 pagi - 11:45 pagi)
ii) YB Dato' Seri Hamzah Zainudin, Menteri KPDNKK (30 Mac 2018, 3:00 petang - 3:45 petang)
iii) YB Dato' Seri Dr. Hilmi Haji Yahaya, Timbalan Menteri, KKM (30 Mac 2018, 3:00 petang - 3:45 petang)
4. Young CEO Summit (30 - 31 Mac 2018, 8:00 pagi - 5:00 petang)
~Merupakan platform untuk berkongsi strategi keusahawanan oleh mentor dan pakar industri, termasuk sesi transformasi minda bagi memberi inspirasi dan motivasi.
5. Karnival Jom Niaga dan Food Truck (30 - 31 Mac 2018, 9:00 pagi - 10:00 malam)
~bertujuan untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan PKS, di samping memberi peluang kepada agensi Kerajaan dan institusi kewangan untuk menyebarkan maklumat mengenai insentif dan bantuan yang disediakan. Lebih 250 pempamer yang terdiri daripada usahawan, institusi kewangan dan syarikat swasta. Terdapat 50 food truck turut terlibat dalam karnival ini.
Program ini juga bertujuan mengumpulkan PKS Bumiputera dari seluruh negara yang terdiri daripada ahli-ahli di bawah naungan pelbagai persatuan / dewan / pertubuhan / majlis berkaitan keusahawanan. Program ini akan dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Sehubungan dengan ini, kerjasama dan sokongan Tuan/Puan adalah amat kami harapkan untuk hadir dan membuat liputan semasa program ini yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : (Jumaat - Sabtu) 30 - 31 Mac 2018
Masa : 9.00 petang - 10.00 malam
Tempat : Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Tetamu Kehormat : YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia
Sila klik di sini untuk Program
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
Sumber : SME Corp. Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Nor Azian Md Yusof
Tel : 03-2775 6174 (012-2634889)
Emel : azian@smecorp.gov.my
Nama : Encik Ahmad Mu'izz Mohd Yusof
Tel : 03-2775 6275 (019-3808712)
Emel : muizzyusof@smecorp.gov.my
Nama : Encik Nor Fairul Halif Norman
Tel : 03-27756222 (0195142473)
Emel : fairulhalif@smecorp.gov.my
-BERNAMA |
|
|
|
|
|