|
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 02/04/2018
KEMBARA INSPIRASI: PROFESIONALISME DALAM DIRI BERSEMPENA MINGGU SETIAUSAHA
Demi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang peri pentingnya profesionalisme dalam diri, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan Kembara Inspirasi: Profesionalisme Dalam Diri bersempena Minggu Setiausaha seperti ketetapan berikut :
Hari/Tarikh : Jumaat - Ahad 6-8 April 2018
Masa :
2.30 Petang - 10.30 Malam (6 April)
8.30 Pagi - 10.30 Malam (7 April)
8.30 Pagi - 5.00 Petang (8 April)
Tempat : TH Hotel, Alor Setar, Kedah Darul Aman
Klik di sini untuk Aturcara lengkap
Pengenalan
Setiap insan mahukan kecemerlangan. Apa jua kerjaya yang diceburi, semuanya menuntut kecemerlangan bagi memenuhi proses kejayaan. Namun, kejayaan hanya dapat dicapai dengan profesioanalisme yang ditunjukkan melalui perilaku dan kualiti kerja yang terbaik.
Pada umumnya, seseorang yang memiliki profesionalisme yang tinggi akan selalu berusaha memastikan agar dirinya sentiasa mencapai piawaian yang telah ditetapkan. Ia akan mengidentifikasikan dirinya dengan seseorang yang dipandang memiliki piawaian tersebut. Yang dimaksudkan dengan "piawai ideal" ialah suatu peringkat perilaku yang dipandang paling sempurna dan dijadikan sebagai rujukan. Hanya individu yang profesional dan memiliki keunggulan yang mampu berada di posisi yang lebih tinggi dan berjaya daripada individu yang lain.
Profesionalisme bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan, nilai diri dan kualiti kerja yang membanggakan, malah ia juga sangat dituntut dalam Islam. Ajaran Islam memotivasi umat Islam untuk bekerja secara profesional dalam berbagai sisi kehidupan. Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah menyukai seseorang daripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan, dia melakukannya dengan itqan (baik, sempurna dan teliti)" (Riwayat al-Baihaqi).
Islam tidak hanya melahirkan manusia yang berjaya dari sudut pengamalan agama saja tetapi juga melahirkan kejayaan dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Di antara etika kerja menurut Islam yang apabila diterapkan akan menghasilkan hasil yang baik, ialah konsep kerja itu adalah Ibadah. Orang yang mampu menjaga kehormatannya dalam bekerja terutamanya secara moral dan profesional, akan diberi kehormatan yang lebih tinggi lagi dalam bentuk tanggungjawab dan pangkat yang lebih tinggi, disegani dan statusnya dalam masyarakat sangat dihormati.
Dalam konteks kerjaya setiausaha, apa yang penting adalah kesedaran tentang profesionalisme dalam diri terhadap kerja yang digalas mestilah dilihat sebagai suatu ibadah yang memerlukan komitmen dan intergriti yang tinggi. Dengan kemahiran pengurusan emosi yang ada pada diri setiap setiausaha, ia bukan sahaja dapat memacu kecemerlangan diri, tetapi juga organisasi.
Objektif:
(a) Mendedahkan para peserta tentang kepentingan profesionalisme dalam diri;
(b) Membina kefahaman dan sikap dalam menzahirkan profesionalisme dalam diri; dan
(c) Meningkatkan kemahiran dalam keterampilan profesionalisme dalam diri.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.
SUMBER : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat, IKIM
Nama : Pn. Zawiah
Tel : 03-6204 6329/012-333 4253
Nama : Pn. Wan Zahidah
Tel : 03-6204 6330/019-276 8003
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|