Disember 20, 2025 -Sabtu

 
 
 

Khamis 05/04/2018

JEMPUTAN UNTUK MEMBUAT LIPUTAN MEDIA SEMPENA PROGRAM KAYUHAN #SAYANG MALAYSIA #VISIT MY KAMPUNG & LIPUTAN UNTUK PERSATUAN PELANCONGAN KERETAPI MALAYSIA DAN HOMESTAY KAMPUNG LABU KUBONG, PADANG RENGAS, PERAK

Sukacita dimaklumkan bahawa Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, akan membuat perasmian Kayuhan #Sayang Malaysia #Visit My Kampung, satu projek usahasama antara Kementerian dengan Persatuan Pelancongan Kereta Api Malaysia (atau Railway Tourism Association Malaysia) serta Homestay Kampung Labu Kubong, Padang Rengas, Perak.

Kayuhan ini diperkenalkan sebagai salah satu langkah mempelbagaikan produk pelancongan #Visit My Kampung selain mempromosikan pakej riadah dan pelancongan sukan di seluruh Semenanjung Malaysia.

Pihak Kementerian amat berbesar hati ingin menjemput dua orang wakil (wartawan dan jurufoto / jurukamera) bagi membuat liputan majlis ini mengikut ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Sabtu 7 April 2018

Masa : 7.00 pagi (Sila rujuk program)

Tempat : Dataran Badang, Kampung Labu Kubong, Padang Rengas, Perak.

Program
Sila klik disini


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

SUMBER : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nur Fatin Akhma Fauzi
Unit Komunikasi Korporat
Tel : 03-8891 7188

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.