Disember 20, 2025 -Sabtu

 
 
 

Khamis 05/04/2018

HARI WARTAWAN NASIONAL (HAWANA 2017/18)

ACARA: HARI WARTAWAN NASIONAL (HAWANA 2017/18)

HARI/TARIKH : Rabu 11 April 2018

TEMPAT : Pusat Pameran dan Konvensyen Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Lumpur

MASA : 3.00 petang - 6.30 petang

TETAMU KEHORMAT : YAB PERDANA MENTERI, DATUK SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK


OBJEKTIF: Bagi mendapatkan pengiktirafan negara dan penghargaan atas sumbangan pengamal media dalam membantu membangunkan negara dan mengukuhkan perpaduan masyarakat.

HAWANA mendapat sokongan padu YB Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak selepas beliau menghadiri sambutan Hari Pers Nasional Indonesia di Ambon, pada 9 Februari 2017 dan di Padang pada 9 Februari 2018.

Agensi Berita Nasional Malaysia, BERNAMA dengan kerjasama pengamal media Malaysia lain telah mengambil tanggungjawab untuk menganjur dan melaksanakan HAWANA 2017/18 bagi mengangkat martabat profesionalisme kewartawanan Negara.

Julung kali diadakan, HAWANA dilihat sebagai sambutan terbesar media tempatan dengan penglibatan lebih 1,000 pengamal media dari seluruh negara dan beberapa negara anggota ASEAN.

Beberapa negara seperti China dan Indonesia telah meraikan Hari Wartawan dan negara mereka memberi pengiktirafan secara rasmi atas jasa dan perjuangan golongan wartawan setiap tahun.

Dan Malaysia menjadi negara terkini menganjurkannya. Dan diharapkan HAWANA akan dijadikan acara media terpenting setiap tahun di Malaysia.

SAMBUTAN HARI HAWANA 2018: 11 APRIL

- WACANA HAWANA: 10.30 pagi - 12.00 tengah hari
- PESERTA: Ketua-ketua pengarang, pengarang dan tokoh media tempatan.
- AGENDA: Berbincang mengenai kepentingan masa depan media tempatan.
- Mengeluarkan deklarasi HAWANA yang akan menggariskan hala tuju kewartawanan dan industri media negara.

ATURCARA SAMBUTAN HAWANA: 3.00 petang - 6.30 petang

- DEKLARASI HARI WARTAWAN NASIONAL
- UCAPAN WAKIL WARTAWAN MUDA
- UCAPAN YAB PERDANA MENTERI, DATUK SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK
- SESI INTERAKSI BERSAMA YAB DATUK SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK
- ANUGERAH TOKOH HAWANA: PENGHARGAAN KEPADA SEORANG TOKOH YANG BANYAK MENYUMBANG KEPADA KEMAJUAN DUNIA KEWARTAWANAN NEGARA.

Sempena HAWANA 2017/18, satu pertandingan boling antara media akan diadakan di Pusat Boling Endah Parade pada 2.00 petang, 10 April (Selasa) sehari sebelum sambutan hari berkenaan.

Pengamal Media dijangka memberi sambutan luar jangkaan kepada HAWANA 2017/18 kerana ia adalah hari penghargaan buat mereka yang telah banyak berjasa kepada negara.

Dikeluarkan Oleh:
JAWATANKUASA KEBANGSAAN SAMBUTAN HARI WARTAWAN NASIONAL 2017/18

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Zarina Binti Rozali
Tel : 03 - 2696 2306
Emel : hariwartawan@gmail.com

-BERNAMA


 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.