Disember 20, 2025 -Sabtu

 
 
 

Jumaat 06/04/2018

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA TABUNG KEBAJIKAN PERUBATAN MALAYSIA (TKPM)

Dengan segala hormatnya wakil-wakil media adalah dijemput ke majlis seperti berikut:

Hari/Tarikh : Isnin 9 April 2018

Masa : 10.30 pagi

Tempat : Auditorium Hospital Serdang

Sila klik di sini untuk Program

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, YBhg. Datin Paduka Dr. Hajah Noraida Binti Haji Mohd Yusof akan menyempurnakan penyerahan sumbangan keseluruhan bernilai RM200,000 kepada lima (5) buah hospital terpilih iaitu Hospital Serdang, Hospital Shah Alam, Pusat Pakar Perubatan UiTM Sungai Buloh, Hospital Kuala Kubu dan Hospital Banting menerusi Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM) bagi Tahun 2018.

Ia merupakan sumbangan PKNS melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang bertujuan untuk memberi bantuan kebajikan kepada semua pesakit warganegara Malaysia yang tidak berkemampuan yang mana diklasifikasikan sebagai Asnaf Gharimin untuk menerima rawatan di hospital-hospital kerajaan.

Kerjasama tuan/puan untuk membuat pengesahan kehadiran dengan kadar segera amat kami hargai.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

Sumber : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN PENGESAHAN KEHADIRAN SILA HUBUNGI:
Nama : Ain
Tel : 03-55250331 atau 013-6826360

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.