|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 06/04/2018
JEMPUTAN UNTUK MEMBUAT LIPUTAN MEDIA SEMPENA PROGRAM NILAI MURNI @ IKATAN KASIH DI SK SUNGAI TUANG MASJID TANAH, MELAKA
Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyanti Haji Samsudin, akan merasmikan program Nilai Murni @ Ikatan Kasih.
Program ini merupakan program masyarakat bersama pemimpin dan pelbagai aktiviti dilaksanakan seperti senam seni, gotong royong dan penyampaian sumbangan kepada pihak sekolah.
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia amat berbesar hati ingin menjemput dua orang wakil (wartawan dan jurufoto / jurukamera) bagi membuat liputan majlis ini mengikut ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Sabtu 7 April 2018
Masa : 7.30 pagi
Tempat : SK Sungai Tuang, Masjid Tanah, Melaka
Sila klik di sini untuk PROGRAM
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Norhafizah binti Zainal Abidin
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Tel : 03-8891 7189
Faks : 03-8891 7181
Email : hafizah@motac.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|