Disember 20, 2025 -Sabtu

 
 
 

Selasa 10/04/2018

JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN KE SIDANG MEDIA DONT WASTE FOOD THE CONCERT 2018

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menjalin kerjasama dengan Zahid Ahmad Drumworks Sdn Bhd, Persatuan Penduduk 1Malaysia Taman Jaya serta Kumpulan BrotherHood, Speed Syndicate, bagi melaksanakan kempen kesedaran mengenai pembaziran makanan di Malaysia menerusi Dont Waste Food the Concert 2018 yang akan diadakan pada 13 Mei 2018 (Ahad) bertempat di International Youth Centre, Bandar Tun Razak.

Sehubungan itu, satu sidang media konsert akan diadakan pada ketetapan berikut yang akan disempurnakan oleh YBhg Datuk Dr Mohamad Roff Mohd Noor, Ketua Pengaran MARDI.

Hari/Tarikh : Rabu 11 April 2018

Masa : 2.00 petang

Tempat : Goat to Go Farm, MAEPS, Serdang


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : MARDI

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Nur Akmal bt Hassan
Pegawai Perhubungan Awam MARDI
Tel : 019-455 3400

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.