Disember 20, 2025 -Sabtu

 
 
 

Selasa 10/04/2018

JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN KE MAJLIS PELANCARAN BAKA LEMBU KEDAH-KELANTAN (KK) ELIT

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah berjaya menghasilkan baka lembu Kedah-Kelantan (KK) ELIT hasil penambahbaikan dari baka lembu yang lama. Baka lembu Kedah-Kelantan merupakan lembu pedaging tempatan yang tahan terhadap cuaca persekitaran (panas dan lembab) dan serangan penyakit. Mempunyai ciri prolifik yang sangat tinggi dengan kadar kelahiran melebihi 90% setiap tahun dan kadar kematian yang rendah kurang dari 2%.

Sehubungan itu, satu MARDI akan mengadakan majlis pelancaran baka tersebut yang akan disempurnakan oleh YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Sabtu 14 April 2018

Masa : 2.00 petang

Tempat : Dewan Pemindahan Mangsa Banjir Kg Gajah, Kemaman

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : MARDI

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Nur Akmal bt Hassan
Pegawai Perhubungan Awam MARDI
Tel : 019-455 3400

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.