|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 11/04/2018
JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN LAWATAN YB DATUK WIRA MAS ERMIEYATI BINTI HAJI SAMSUDIN, TIMBALAN MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA KE MAKMAL REKA BENTUK PRODUK PELANCONGAN KRAF
Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia sedang mengadakan 3 Makmal Pembangunan Reka Bentuk Produk Pelancongan iaitu Kraf Parang, Kraf Anyaman Rotan dan Kraf Anyaman Mengkuang bermula dari 10 hingga 13 April 2018.
Sehubungan itu, YB Datuk Wira Mas Ermieyati Binti Haji Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia akan mengadakan lawatan ke Makmal Pembangunan Reka Bentuk Produk Pelancongan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Khamis 12 April 2018
9.30 pagi : Lawatan ke Makmal Reka Bentuk Produk Pelancongan Kraf Anyaman Mengkuang
Tempat : Bengkel Pandan Molek Enterprise
No. KM 43, Kampung Ayer Molek,
78200 Kuala Sungai Baru, Melaka
11.00 pagi : Lawatan ke Makmal Reka Bentuk Produk Pelancongan Kraf Anyaman Rotan
Tempat : Bengkel Anyaman Rotan
Batu 23, Kampung Rantau Panjang,
78300 Masjid Tanah, Melaka
12.00 tgh : Lawatan ke Makmal Pembangunan Reka Bentuk Produk Kraf Parang
Tempat : Kampung Seri Tanjung,
78300 Masjid Tanah, Melaka
Makmal Pembangunan Reka Bentuk Produk Pelancongan Kraf ini disertai seramai 52 orang usahawan kraf dari negeri Melaka. Bermatlamat untuk menghasilkan produk kraf yang beridentitikan negeri Melaka, besar harapan Kraftangan Malaysia agar peserta-peserta makmal dapat menghasilkan produk yang dapat memenuhi kehendak dan mempelbagaikan pilihan dalam pasaran produk kraf masa kini.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan lawatan tersebut.
SUMBER : Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
KRAFTANGAN MALAYSIA
Nama : Cik Fazlin
Tel : 012-664 1734
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|