|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 12/04/2018
JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SEMARAK SENI KRAF MASJID TANAH
Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan mengadakan Majlis Perasmian Program Semarak Seni Kraf Masjid Tanah seperti ketetapan berikut :
Hari/Tarikh : Sabtu 14 April 2018
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Tan Sri Dr. Abu Seman, Paya Rumput, Masjid Tanah, Melaka
Bersama : YB Datuk Wira Mas Ermieyati Binti Haji Samsudin,
Timbalan Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia
Program Semarak Seni Kraf Masjid Tanah merupakan kesinambungan daripada pelaksanaan projek Kraf KampungKu di bawah program Satu Daerah Satu Industri - produk kraf. Program ini juga merupakan usaha Kraftangan Malaysia dalam memperhebatkan penghasilan serta pengeluaran produk kraf dari usahawan-usahawan kraf negeri Melaka khususnya di sekitar Masjid Tanah, Melaka.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan lawatan majlis perasmian tersebut.
SUMBER : Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
KRAFTANGAN MALAYSIA
Nama : Cik Azima / Cik Norehan
Tel : 013-727 6672 / 012-657 8824
KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN MELAKA
Tel : 06-253 1500
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|