|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 12/04/2018
JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MEDIA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN FIESTA PERPADUAN DAN KEBUDAYAAN
Adalah dimaklumkan bahawa YB Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan menghadiri dan merasmikan Fiesta Perpaduan dan Kebudayaan. Fiesta ini merupakan anjuran Persatuan Kelab Sukan dan Rekreasi Komuniti Parlimen Padang Rengas dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Program ini bertujuan menyatupadukan masyarakat melalui aktiviti kebudayaan serta memelihara warisan tempatan di kalangan rakyat khususnya di Padang Rengas. Berikut adalah butiran program berkenaan:
Hari/Tarikh : Sabtu 14 April 2018
Masa : 8.45 malam
Tempat : Pentas Utama, SMK Tun Perak, Padang Rengas, Perak
Tetamu VIP : YB Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Sila klik di sini untuk Program
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : SitiAishah
Pegawai Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat
Tel: 03-8891 7193
Email: sitiasishah@motac.gov.my
-BERNAMA |
|
|
|
|
|