|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 12/04/2018
JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MEDIA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SEMARAK SENI KRAF MASJID TANAH
Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia melalui Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Melaka menganjurkan Program Semarak Seni Kraf Masjid Tanah. Program ini merupakan antara usaha dalam memperhebatkan penghasilan serta pengeluaran produk kraf dari usahawan-usahawan kraf negeri Melaka khususnya di sekitar Masjid Tanah, Melaka. Program ini akan menjadi landasan utama kepada usahawan untuk bertemu dan mengetahui sendiri kehendak serta keperluan pengguna masa kini di samping memupuk kesedaran di kalangan komuniti setempat mengenai industri kraf tempatan khususnya untuk mengenali produk kraf yang terdapat di Masjid Tanah.
Berikut adalah butiran program berkenaan:
Hari/Tarikh : Sabtu 14 April 2018
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Tan Sri (Dr) Abu Seman,
Paya Rumput, Masjid Tanah, Melaka
Tetamu VIP : YB Datuk Wira Mas Ermieyati Hj. Samsudin
Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Sila klik di sini untuk Program
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : SitiAishah
Pegawai Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat
Tel: 03-8891 7193
Email: sitiasishah@motac.gov.my
-BERNAMA |
|
|
|
|
|