Disember 20, 2025 -Sabtu

 
 
 

Isnin 16/04/2018

MAJLIS PECAH TANAH RUMAH SELANGORKU IDAMAN PKNS,KAMPUNG SERI TEMENGGUNG, SELAYANG

Dengan segala hormatnya wakil-wakil media adalah dijemput untuk membuat liputan Majlis Pecah Tanah Rumah Selangorku Idaman PKNS seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Selasa 17 April 2018

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Tapak Projek, Kampung Seri Temenggung, Selayang


Pangsapuri Mampu Milik Kampung Seri Temenggung ini merupakan projek rumah mampu milik ketujuh PKNS terdiri daripada keseluruhan 420 unit bagi Fasa pertama. Manakala, 1,240 unit Pangsapuri Servis bagi Fasa Kedua termasuk 248 unit daripadanya adalah unit Rumah Selangorku Idaman PKNS.

Simbolik pecah tanah bagi projek Pangsapuri Kampung Seri Temenggung, Selayang ini bakal disempurnakan oleh Y.A.B. Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali, Dato' Menteri Besar Selangor.

Kerjasama tuan/puan untuk membuat pengesahan kehadiran dengan kadar segera amat kami hargai.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

Sumber : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN PENGESAHAN KEHADIRAN SILA HUBUNGI:
Nama : Ain
Tel : 03-5525 0331 / 013-682 6360

-BERNAMA



 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.