|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 17/04/2018
Jemputan Membuat Hebahan Liputan Ke Majlis Perasmian Persidangan NCAFM 2018 Dan Pelancaran Sago Log Transportation
Sukacita dimaklumkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) akan menganjurkan Persidangan Kebangsaan Mekanisasi Pertanian dan Makanan (NCAFM) 2018 yang akan diadakan pada 17-19 April 2018 bertempat di Pullman Hotel Kuching dan membawakan tema "Modelling The Future Agriculture". Majlis perasmian persidangan ini akan diadakan seperti ketetapan berikut yang akan disempurnakan oleh YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Negeri Sarawak:
Hari/Tarikh : Selasa 17 April 2018
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Pullman Hotel, Kuching, Sarawak
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : MARDI
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Nur Akmal bt Hassan
Tel : 019-455 3400
-BERNAMA |
|
|
|
|
|