Disember 20, 2025 -Sabtu

 
 
 

Khamis 19/04/2018

Sesi Menandatangani Memorandum Perjanjian Kerjasama MARDI-TESCO 2018 Dalam Program Kebun Dapur

Inisiatif CSR TESCO membangunkan Kebun Dapur untuk 15 sekolah anak angkat TESCO bagi tahun 2018 ini melibatkan kerjasama MARDI dalam pembangunan laman edibel menggunakan teknologi pertanian bandar dan teknologi pengurusan lebah kelulut. Di samping itu, ia juga melibatkan penerapan meningkatkan kesedaran mengenai pembaziran makanan di kalangan pelajar sekolah menerusi kempen MYSaveFood. Turut serta dalam program ini adalah kempen pemakanan sihat Suku-suku Separuh dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH).

Program ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Jumaat 20 April 2018

Masa : 9.30 pagi

Tempat : Sekolah Kebangsaan Tropicana, Jalan Tropicana Selatan & Along Jalan Tropicana Selatan, 47410 Petaling Jaya


Aturcara

10.00 pagi : Ketibaan tetamu kehormat dan pihak media

10.30 pagi : Kata-kata aluan dari Pengerusi Majlis

10.35 pagi : Sesi menandatangani perjanjian persefahaman

Sesi bergambar

Sesi menandatangani papan tanda pelancaran

11.00 pagi : Melawat tapak tanaman Program Kebun Dapur

Sesi bergambar

11.30 pagi : Jamuan ringan

12.00 tengah hari : Majlis Tamat

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : MARDI

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Nur Akmal bt Hassan
Tel : 019-455 3400

-BERNAMA




 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.