Disember 20, 2025 -Sabtu

 
 
 

Jumaat 20/04/2018

JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SENTUHAN KASIH TANI : PERTANIAN BANDAR - FASA 2

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) bersama Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) akan menganjurkan Program sentuhan Kasih Tani- program pertanian bandar yang diterajui oleh Jabatan Pertanian.

Programpertanian bandar telah dikenalpasti sebagai sumber tambahan bagi menampung kos sara hidup masyarakat bandar. Sehubungan dengan itu, Majlis Sentuhan Kasih Tani : Program Pertanian Bandar Fasa 2 akan diadakan pada 22 April 2018 (Ahad), 8.00 pagi hingga 2.00 petang bertempat di Sekolah Menengah Puchong Perdana, Puchong, dengan anggaran peserta dan tetamu seramai 2,000 orang. Pelbagai acara dan aktiviti menarik telah dirancang bagi pengisian majlis seperti pameran, booth jualan usahawan, food truckdan sebagainya.

Sehubungan itu, majlis akan disempurnakan oleh YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani didalam satu majlis yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Ahad 22 April 2018

Masa : 9.30 pagi

Tempat : Sekolah Menengah Puchong Perdana, Puchong, Selangor

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Malaysia Agricultural Research and Development Institute (MARDI)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Nur Akmal bt Hassan
Tel : 019-455 3400

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.