Disember 20, 2025 -Sabtu

 
 
 

Isnin 23/04/2018

JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN ASEAN MICROBIAL BIOTECHNOLOGY CONFERENCE 2018 (AMBC)

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) akan menganjurkan ASEAN Microbial Biotechnology Conference 2018 (AMBC) yang akan diadakan pada 24-26 April 2018 bertempat di Pullaman Hotel, Kuching bertemakan "Bio-economy from the unseen". Mikroorganisma merupakan entiti yang sangat penting didalam ekosistem dan juga kesihatan manusia. Kesedaran terhadap potensi mikroorganisma sebagai sumber bioekonomi dan bagaimana ia boleh di jadikan satu komoditi yang boleh menjana kekayaan masih sangat terhad, terutamanya di Malaysia. Sehubungan itu, majlis perasmian persidangan tersebut akan disempurnakan oleh YBhg Datuk Dr Mohamad Roff Mohd Noor, Ketua Pengarah MARDI seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Selasa 24 April 2018

Masa : 11.00 pagi

Tempat : Pullman Hotel, Kuching, Sarawak


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Malaysia Agricultural Research and Development Institute (MARDI)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Nur Akmal bt Hassan
Tel : 019-455 3400

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.