Disember 20, 2025 -Sabtu

 
 
 

Jumaat 27/04/2018

JEMPUTAN UNTUK MEMBUAT LIPUTAN MEDIA MAJLIS PECAH TANAH DEWAN TERBUKA ORANG RAMAI HOMESTAY KG PAYA LEBAR, MASJID TANAH, MELAKA

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan mengadakan MAJLIS PECAH TANAH DEWAN TERBUKA ORANG RAMAI HOMESTAY KG PAYA LEBAR, MASJID TANAH, MELAKA seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Ahad 29 April 2018

Masa : 10.30 Pagi

Tempat : Homestay Paya Lebar, Melaka

Dirasmikan Oleh : YB. Datuk Wira Hajjah Mas Ermieyati binti Samsudin,
Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia


Program

10.30 pagi : Ketibaan Tetamu dan Dif-dif Jemputan

10.45 pagi : Ketibaan YBhg. Datuk Rashidi bin Hasbullah,
Ketua Setiausaha, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan

10.55 pagi : Ketibaan YBhg. Datuk Amniruddin bin Yusof,
Calon Dewan Undangan Negeri Ayer Limau

11.00 pagi : Ketibaan YB. Datuk Wira Hajjah Mas Ermieyati binti Samsudin,
Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

Lawatan ke Pameran / Lakaran Dewan Terbuka Orang Ramai,
Homestay Kampong Paya Lebar, Masjid Tanah

Ucapan oleh YB. Datuk Wira Hajjah Mas Ermieyati binti Samsudin,
Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

Penyampaian Sumbangan Buku-buku Terbitan Jabatan/Agensi di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia kepada Sekolah-sekolah dan PPD

Upacara Pecah Tanah

12.30 Tengah hari : Jamuan Tengah hari

Majlis Bersurai

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Program tersebut.

SUMBER : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Norsyahidah Binti Ali
Tel : 03 - 8891 7823 / 011 1638 5459

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.