|
|
|
|
 |
| |
|
|
Sabtu 28/04/2018
JEMPUTAN UNTUK MEMBUAT LIPUTAN MEDIA SEMPENA SAMBUTAN MYVAISAKHIFEST 2018
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dengan kerjasama Dewan Perniagaan dan Perindustrian Punjabi Malaysia akan menganjurkan MyVaisakhiFest 2018 seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Sabtu 28 April 2018
Masa : 7.00 petang
Tempat : Pusat Pelancongan Malaysia (MaTic), Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Sila klik di sini untuk Poster
Sambutan MyVaisakhiFest 2018 ini adalah bersempena perayaan bagi masyarakat Sikh iaitu Vaisakhi, yang jatuh pada tanggal 14 April setiap tahun. Pelbagai acara menarik seperti persembahan kebudayaan masyarakat Sikh, makanan tradisional dan macam-macam lagi.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Nur Fatin Akhma Fauzi
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Tel : 03-8891 7188
-BERNAMA |
|
|
|
|
|