Disember 20, 2025 -Sabtu

 
 
 

Isnin 30/04/2018

Majlis Penyerahan Projek MSI: Program Kesedaran Sumber Dan Pembangunan Minyak Pati Gelam

Sukacita kami menjemput wakil-wakil media untuk menghadiri Majlis Penyerahan Projek MSI: Program Kesedaran Sumber dan Pembangunan Minyak Pati Gelam. Butiran majlis adalah seperti berikut:

Hari/Tarikh : Selasa 1 Mei 2018

Masa : 9.00 pg - 12.00 tgh

Tempat : Slipway Kuala Besut (Berhampiran Kompleks Perikanan), Kuala Besut, Terengganu

Program

8.00pg - 8.45pg : Ketibaan tetamu

9.00pg : Ketibaan YBhg. Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur , Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia

9.05pg : Doa

9.10pg : Ucapan aluan oleh YBhg. Dato' Norhalim Yunus, Ketua Eksekutif MTDC

9.20pg : Ucapan Perasmian oleh YBhg. Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur , Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia

9.30pg - 9.45pg : Lawatan tapak

9.45pg : Jamuan/Sidang media


Latarbelakang Program

Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) bersama-sama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menjalankan Program Kesedaran Sumber dan pembangunan minyak pati gelam di bawah Program Inovasi Sosial MOSTI (MSI). Majlis penyerahan projek akan disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur, Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi. Turut hadir YBhg. Dato' Norhalim Yunus, Ketua Eksekutif MTDC bagi pihak agensi pelaksana bersama-sama Encik Suhaimi Shamsudin, Ketua Eksekutif Etlingera Sdn Bhd bagi pihak pembekal teknologi dalam program ini. Peserta projek terdiri daripada 40 orang ahli masing-masing 20 dari dua pertubuhan di Besut iaitu Persatuan Nelayan Kuala Besut dan Koperasi Ummul Wahidah Terengganu (ibu tunggal).

Sepanjang tempoh pelaksanaan projek, Etlingera Sdn Bhd bertanggungjawab untuk memberi penerangan, kursus dan latihan asas berhubung peluang industri organik melalui penanaman pokok secara organik kepada semua peserta yang merangkumi asas penanaman dan penjagaan tanaman bagi membolehkan para peserta meneruskan aktiviti ini sendiri.

Pokok Gelam (Melaleuca cajuputi) merupakan sejenis tumbuhan tropika yang tumbuh secara semulajadi di beberapa lokasi khususnya di kawasan rendah yang lembab. Di Malaysia, kawasan tumbuhan pokok gelam ini banyak terdapat di kawasan tanah lembab seperti di tebing sungai, tepi laut dan juga kawasan pendalaman yang banyak air. Salah satu tempat yang telah dikenalpasti mempunyai taburan pokok gelam yang tinggi ialah di negeri Terengganu terutamanya di persisiran pantai. Kawasan yang sama didiami oleh masyarakat yang secara purata bekerja sebagai nelayan dan hasil tangkapan mereka terjejas pada musim tengkujuh. Golongan ibu tunggal di mana pendapatannya bergantung kepada hasil laut juga terjejas.

Program Inovasi Sosial MOSTI (MSI)

YAB Perdana Menteri telah bersetuju projek-projek RMKe-11 yang bersifat people centric akan dilaksanakan berdasarkan enam Pemacu Perubahan (Game Changer) melalui Platform Transformasi National Blue Ocean Strategy (NBOS). MOSTI Social Innovation (MSI) merupakan salah satu program yang akan dilaksanakan di bawah Game-Changer Innovation RMKe-11 mulai tahun 2016. Objektif Program MSI adalah untuk meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat melalui pelaksanaan projek, perkhidmatan, peningkatan kemahiran atau hasil inovasi menggunakan teknologi sedia ada yang boleh dilaksanakan secara mampan.

Sehubungan dengan ini, MTDC telah dilantik oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk menjadi agensi pelaksana menjalankan lapan program di bawah platfom MSI dan Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama di antara MTDC dan lapan pembekal teknologi yang terdiri daripada penerima Dana CRDF dan universiti telahpun berlangsung pada 14 November tahun lepas.

Menerusi program MSI, lapan Syarikat Pembekal Teknologi yang terdiri daripada penerima Dana CRDF dan universiti akan menjalankan pelbagai aktiviti berteraskan teknologi untuk meningkatkan kesejahteraan hidup pelbagai lapisan masyarakat.

Mengenai MTDC

Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah ditubuhkan pada tahun 1992 dengan objektif berikut - sebagai agen pemacu pembangunan syarikat berasaskan teknologi, menggalakkan pemindahan hasil penyelidikan dan pembangunan (P&P) tempatan dan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan industri modal teroka di Malaysia.

Semenjak Rancangan Malaysia ke-7 (RMK-7), MTDC telah diamanahkan oleh Kerajaan untuk menguruskan dana khas kepada syarikat-syarikat Malaysia untuk meningkatkan kandungan teknologi mereka melalui pengkomersilan penyelidikan dan pembangunan (P&P) dan / atau pengambilalihan teknologi asing. Tidak hanya terhad kepada pengurusan dana, MTDC turut membangunkan pusat teknologi inkubator yang ditempatkan dibeberapa universiti dan institut penyelidikan tempatan bagi memberi fokus kepada pelbagai kluster industri.

Dengan gabungan dedikasi, ilmu, teknologi, inovasi, kredibiliti, sokongan dan perkhidmatan penjagaan yang diberikan kepada semua syarikat dalam ekosistemnya, menjadikan MTDC sebuah syarikat yang mempunyai gandingan lengkap, menghasilkan nilai dan membantu memperkembangkan ekonomi Negara.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Malaysian Technology Development Corporation (MTDC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Alvirah Mohd Natt
Tel : 017 212 2802
Emel : alvirah@mtdc.com.my

Nama : Sharus Shavek Sharudin
Tel : 012 358 4181
Emel : sharusshavek@mtdc.com.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.