|
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 30/04/2018
SLOT BEDAH BUKU BAHARU TERBITAN IKIM
Bersempena Pesta Buku Antarabangsa 2018, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menjemput wartawan dan jurugambar membuat liputan bagi Slot Bedah Buku yang diadakan pada 3 & 4 Mei 2018 (Khamis-Jumaat) di Pentas Utama PWTC, Kuala Lumpur.
Matlamat Slot Bedah Buku terbitan baharu IKIM adalah:
i) Memberikan informasi atau pemahaman yang komprehensif tentang isi kandungan buku terbitan IKIM tersebut;
ii) Mewujudkan ruang diskusi berkisar tajuk yang dibincangkan antara panel dan tetamu yang hadir;
iii) Salah satu usaha promosi dan publisiti penerbitan IKIM bagi menarik perhatian masyarakat umum terhadap karya-karya ilmiah IKIM; dan
iv) Bersama-sama menjayakan dan merealisasikan Transformasi Industri Buku Negara.
Aturcara
Tajuk Buku : "Religion, Dialogue and Peaceful Coexistence"
Tarikh : Khamis 3 Mei 2018
Masa : 10.00 - 11.00 pagi
Tempat : Pentas Utama, PWTC, Kuala Lumpur
Panel : (i) Pn. Enizahura binti Abdul Aziz
Felow Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik, IKIM
(ii) En. Muhammad Syafiq Borhannuddin
Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan, IKIM
Moderator : Syafiq Salleh (DJ IKIMfm)
Tajuk Buku : "Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan"
Tarikh : Jumaat 4 Mei 2018
Masa : 11.00 - 12.00 pagi
Tempat : Pentas Utama, PWTC, Kuala Lumpur
Panel : (i) YBhg. Prof. Madya Dr. Shamrahayu binti Abdul Aziz,
Pensyarah, Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
(ii) YBhg. Prof. Madya Dr. Mohamed Azam bin Mohamed Adil
Timbalan Ketua Eksekutif, International Institute of Advances Studies (IAIS)
Moderator : En. Mahathir Shaharuddin (Pemangku Pengarah Pusat Media)
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Slot Bedah Buku tersebut.
SUMBER : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Nama : Pn. Zawiah
Tel : 03-6204 6329/012-333 4253
Nama : Pn. Wan Zahidah
Tel : 03-6204 6330 / 019- 276 8003
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|