Disember 20, 2025 -Sabtu

 
 
 

Khamis 31/05/2018

JEMPUTAN UNTUK MEMBUAT LIPUTAN MEDIA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN DAN MAJLIS BERBUKA PUASA PROGRAM UMRAH "RANGKULAN KASIH" BAGI PENERIMA BANTUAN DAN PENGHUNI INSTITUSI WARGA EMAS JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) dengan kerjasama Andalusia Travel And Tours Sdn. Bhd. akan mengadakan Majlis Perasmian Dan Majlis Berbuka Puasa Program Umrah "Rangkulan Kasih" Bagi Penerima Bantuan Dan Penghuni Institusi Warga Emas Jabatan Kebajikan Masyarakat pada ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Jumaat 1 Jun 2018

Masa : 5.00 petang

Tempat : Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

Sila klik di sini untuk PROGRAM


Program ini memberi peluang kepada asnaf yang terdiri daripada golongan yang tidak berkemampuan dalam menunaikan ibadah Umrah di Tanah Suci Mekah pada 10 malam terakhir Ramadan bermula 2 sehingga 14 Jun 2018.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : MUHAMMAD HUZAIFA BIN NAHARAZMI
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Tel : 03-8891 7822
Email : muhdhuzaifa@motac.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.