Disember 20, 2025 -Sabtu

 
 
 

Khamis 31/05/2018

Majlis Penyerahan Zakat Dan Ziarah Ramadan

Dimaklumkan bahawa Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) akan menganjurkan Majlis Penyerahan Zakat dan Ziarah Ramadan bersama 70 warga emas. Program berkenaan akan dihadiri oleh Ybhg. Ketua Pegawai Eksekutif PAAB, Mahadzir Mustafa bersama artis undangan Datuk Jefrydin dan Imam Muda Najdi.

Sehubungan itu, sukacita pihak PAAB menjemput pihak media (wartawan & jurugambar) untuk menghadiri majlis CSR PAAB ini bagi tujuan liputan media seperti berikut:

Hari/Tarikh : Sabtu 2 Jun 2018

Masa : 4.30 petang

Tempat : Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia
Lot 683, Jalan Sekolah, Kampung Sungai Sekamat
Batu 12 1/2 Jalan Cheras, Kajang, Selangor

Program

4.30 petang : Ketibaan peserta

4.45 petang : Ketibaan dif jemputan

5.00 petang : Kata-kata aluan pengacara majlis

5.15 petang : Tazkirah Ramadan oleh Imam Muda Najdi

5.45 petang : Majlis khatam Al-Quran

6.15 petang : Ucapan aluan oleh Pengerusi Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia

6.25 petang : Ucapan Perasmian oleh Ybhg. Ketua Pegawai Eksekutif PAAB

6.35 petang : Penyerahan zakat dan sumbangan

6.45 petang : Sidang media

: Ramah mesra bersama Datuk Jefridin

7.23 petang : Azan maghrib

: Majlis berbuka puasa

8.30 malam : Bersurai

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Pengurusan Aset Air Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Khairil Amri
Tel : 017 - 4060 717

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.