|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 01/06/2018
JEMPUTAN KE MAJLIS SIDANG MEDIA PROMOSI WARNA-WARNI AIDILFITRI 2018 SERTA MAJLIS BERBUKA PUASA
Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Warna-Warni Aidilfitri 2018 mulai 1 - 10 Jun 2018 dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang (Isnin-Khamis) dan dilanjutkan waktu operasinya hingga jam 9.00 malam (Jumaat-Ahad) bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay.
Sehubungan itu, satu Majlis Sidang Media mengenai aktiviti ini akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Ahad 3 Jun 2018
Masa : 5.30 petang
Tempat : Laman Budaya, Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay
Bersama : Yang Berbahagia Datuk Rashidi bin Hasbullah
Ketua Setiausaha
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Program
Sila klik disini

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Sidang Media Warna-Warni Aidilfitri 2018 tersebut yang akan disusuli dengan Majlis Berbuka Puasa.
Sumber : KRAFTANGAN MALAYSIA
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
KRAFTANGAN MALAYSIA
Tel : 03-2161 3793
www.kraftangan.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|