Disember 20, 2025 -Sabtu

 
 
 

Jumaat 01/06/2018

JEMPUTAN LIPUTAN SIDANG MEDIA 'KONGSI KEBERKATAN RAMADAN'

Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) ingin menjemput pihak media cetak dan elektronik bagi sidang media berikut :

Hari/Tarikh : Jumaat 8 Jun 2018

Masa : 10.30 pagi

Tempat : Ting 7, Wisma PPZ-MAIWP, Shamelin Perkasa Cheras

Objektif sidang media ini diadakan adalah sebagai seruan yang terakhir kepada para pembayar zakat di luar sana yang masih belum menunaikan tanggungjawab berzakat mereka oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Hj Ahmad Shukri Yusoff.

Turut hadir adalah para peniaga hebat yang akan berkongsi testimoni sebagai pembayar zakat iaitu :

a) Pengasas VS Beauty Expert Sdn Bhd, Puan Norazura Podszi

b) Ketua Pegawai Eksekutif Bella Ammara Holdings, En Carl Samsuddin

c) Pemilik NSA Beauty, En Hafiz Mahamad

d) Pemilik Butik Minaz, Puan Hafiza Hamid

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sidang media tersebut.

Sumber : Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nur Haliza Abd Rahman
Pengurus Unit Komunikasi Korporat PPZ-MAIWP
Tel : 012-5003547

Nama : Cik Norazlina Nordin
Tel : 019-7283839

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.