ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
 
 

Selasa 05/06/2018

JEMPUTAN MEDIA KE MAJLIS BERBUKA PUASA PERKESO 2018

Dimaklumkan bahawa PERKESO akan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa PERKESO 2018 seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 7 Jun 2018

Masa : 5.00 Petang (bermula dengan Sidang Media - mohon ada 'coverage')

Tempat : Conference Hall 2 & 3, Level 3, Kuala Lumpur Convention Centre


Tujuan majlis ini adalah untuk meraikan Ibu Tunggal & Anak Yatim Piatu yang merupakan tanggungan PERKESO di samping meraikan para media yang sentiasa memberi kerjasama yang baik kepada PERKESO dalam usaha membantu mempromosikan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh PERKESO.

Program bermula dengan sidang media pada jam 5.15 petang yang akan diadakan oleh YB Tuan M Kulasegaran, Menteri Tenaga Manusia dan Tan Sri Pengerusi PERKESO.

Sehubungan itu, jemputan ini dipanjangkan untuk semua media berbuka puasa bersama kami dan membuat liputan sidang media yang akan dibuat oleh Menteri Tenaga Manusia dan Tan Sri Pengerusi PERKESO.

Aturcara

SIDANG MEDIA BERSAMA YB MENTERI TENAGA MANUSIA/PENGERUSI PERKESO DI PRESS CENTRE


5.00 petang : Ketibaan YBhg. Tan Sri Dato' Sri Aseh B Hj. Che Mat
Pengerusi PERKESO

5.10 petang : Ketibaan YBhg. Dato' Dr. Mohd Gazali B. Abas
Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga Manusia

5.15 petang : Ketibaan YB Tuan M. Kulasegaran A/L V. Murugeson
Menteri Tenaga Manusia

5.30 petang : Sidang Akhbar oleh YB Menteri di Press Centre

MAJLIS BERBUKA PUASA DI CONFERENCE HALL

5.30 petang : Ketibaan tetamu jemputan

6.10 petang : Ketibaan YBhg. Dato Dr Mohd Gazali B. Abas & tetamu kehormat

6.15 petang : Ketibaan YB Tuan M. Kulasegaran A/L V. Murugeson
Menteri Tenaga Manusia

6.20 petang : Bacaan Doa

6.25 petang : Ucapan Aluan YBhg Dato' Sri Dr. Mohammed Azman Bin Dato' Aziz Mohammed
Ketua Eksekutif PERKESO

Ucaptama YB Tuan M. Kulasegaran A/L V. Murugeson
Menteri Tenaga Manusia

Penyampaian Hamper & Duit Raya kepada Ibu-Ibu Tunggal & Anak-anak Yatim

Persembahan (Jom Selawat)

7.21 petang : Azan Maghrib

Kudapan Ringan Buka Puasa

Solat Maghrib Berjemaah

Jamuan Berbuka Puasa

Persembahan Nyanyian & Nasyid

9.00 malam : Bersurai

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Pn Wan Norshakila Abd Satar
Tel : 012 6040964

-BERNAMA







 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.