|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 28/06/2018
JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN DI PROGRAM PEMASARAN SOSIAL MEDIA (PEMESO) ANJURAN UKM-GSB NGO, THE HUMBLE GUARDIANS
NGO UKM-GSB, The Humble Guardians adalah badan bukan kerajaan ditubuhkan oleh Graduate School of Business, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang disertai oleh para pelajar dan alumni UKM.
The Humble Guardians akan menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Pemasaran Sosial Media (PEMESO) bagi meningkatkan kecekapan penggunaan platform media sosial, para usahawan yang berniaga di dalam talian. Program komuniti ini dijalankan dengan kerjasama commercedotcom, MDEC dan pelbagai pihak swasta.
PEMESO bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada usahawan dalam talian, bagaimana untuk menggunakan platform sosial media dengan efektif untuk menjana segmen pasaran baru dan seterusnya meraih pulangan lumayan. PEMESO memberi keutamaan fokus kepada peserta ibu tunggal dan usahawan muda.
Program PEMESO tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut:-
Hari/Tarikh : Sabtu 30 Jun 2018
Masa : 8:30 pagi - 4:00 petang
Nota : 9:30 pagi - Ketibaan Media
Tempat : The Warehouse, Wisma commercedotcom, No 15, Jalan Tandang, 46050 Petaling Jaya, Selangor
Turut hadir pada program ini ialah Timbalan Dekan UKM-GSB Prof Madya Dr Fazli Idris dan Pengarah, commercedotcom (CDC) Pn Putri Nurul Ida Yahya.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Program tersebut.
Issued by NGO UKM-GSB, The Humble Guardians
SUMBER : Commerce Dot Com Sdn Bhd
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Syarina
Tel : 019 - 770 5896
Emel : syarina@commercedc.com.my
-BERNAMA |
|
|
|
|
|