|
|
|
|
Disember 19, 2025 -Jumaat |
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 29/06/2018
HEBAHAN MEDIA DAN JEMPUTAN KE MAJLIS PENGANUGERAHAN INTERNATIONAL EDUCATION AWARD
Pusat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi (PPPI), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan mengadakan Majlis Penganugerahan International Education Award seperti ketetapan berikut :
Hari/Tarikh : Sabtu 30 Jun 2018
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Panggung Budaya, Fakulti Muzik dan Seni Persembahan,
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Tanjong Malim, Perak
PROGRAM
8.30 Pagi : Ketibaan Tetamu Jemputan
9.00 Pagi : Ketibaan Tetamu Kehormat
: Penasihat Perdana Menteri Dubai, Tarek Al Mourad
: Ketua Pengarah, Kementerian Pendidikan, Greece, Loannis Georgokopolous
9.15 pagi : Nyanyian lagu
-Negaraku
-Ibu Kandung Suluh Budiman
9.30 Pagi : Bacaan Doa
9.40 Pagi : Ucapan aluan Naib Canselor, UPSI
9.50 Pagi : Ucapan daripada wakil penganjur
10.00 pagi : Persembahan daripada FMSP
- Koir
10.10 pagi : Penyerahan Anugerah dan Penyampaian cenderamata
10.45 pagi : Persembahan daripada FMSP
- Persembahan muzik dan nyanyian
11.00 pagi : Sesi bergambar
11.10 pagi : Minum pagi
11.30 Pagi : Lawatan ke kampus baru
Untuk makluman, UPSI telah menghantar sebanyak enam pencalonan bagi International Education Award (IEA) anjuran Ink Media, Global Educators Association For Educational Research & Development yang telah diadakan pada 19 Mei 2018 di New Delhi India dan kesemua pencalonan yang dihantar terpilih untuk menerima anugerah tersebut.
IEA merupakan majlis yang diadakan bagi memberi penghargaan kepada para pendidik, institusi dan badan korporat atas sumbangan dan pencapaian dalam bidang pendidikan kepada masyarakat.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Dr. Hanisom Abdullah
Tel : 019-281 2819
-BERNAMA |
|
|
|
|
|