Disember 19, 2025 -Jumaat

 
 
 

Rabu 04/07/2018

JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MEDIA SEMPENA MAJLIS PELEPASAN LADY BIKERS TOURISM RIDE '18

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia melalui agensinya, Tourism Malaysia akan menganjurkan Lady Bikers Tourism Ride '18.

Sehubungan dengan itu, satu Majlis Pelepasan Lady Bikers Tourism Ride '18 akan diadakan pada ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Jumaat 6 Julai 2018

Masa : 8.30 Pagi

Tempat : Dewan Serbaguna
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
Presint 5, Putrajaya

Tetamu : YB Tuan Mohamaddin Bin Ketapi
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

Sila klik di sini untuk Program

Program selama 3 hari ini (6 - 8 Julai 2018) turut merangkumi beberapa lokasi pelancongan di sekitar Johor seperti Johor Bahru, Kota Tinggi dan Muar. Ianya bertujuan mempelbagaikan lagi tarikan pelancongan Negeri Johor selain dari membangunkan pakej pelancongan bagi aktiviti bermotosikal.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : MUHAMMAD HUZAIFA BIN NAHARAZMI
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA
Tel : 03-8891 7822
Emel : muhdhuzaifa@motac.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.