|
|
|
|
Disember 19, 2025 -Jumaat |
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 04/07/2018
Majlis Perasmian Program Graduate Employability I4.0
Sukacita kami menjemput pihak tuan untuk menghadiri Majlis Perasmian Program Graduate Employability I4.0 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Khamis 5 Julai 2018
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Tempat : Grand Ballroom, Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi
Latarbelakang Program
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE) telah melaksanakan Program Graduate Employability I4.0 (GE I4.0) kepada pelajar tahun akhir daripada Institusi Pendidikan Tinggi seluruh negara. Program selama 6 hari ini berlangsung dari 1 - 6 Julai 2018.
Melalui program ini, peserta akan diberi pendedahan dan pendekatan terhadap kemahiran yang selari dengan keperluan industri 4.0. Peserta yang berkelayakan yang telah disenarai pendek berpeluang ditawarkan pekerjaan di industri berteraskan teknologi dalam ekosistem MTDC dan rakan strategik yang mewakili pelbagai industri.
Program
2.00 petang : Ketibaan tetamu jemputan
2.30 petang : Ketibaan VIP/VVIP
3.00 petang : Ucapan aluan oleh YBhg. Dato' Norhalim Yunus, Ketua Eksekutif, MTDC
Ucapan Perasmian oleh YBhg. Dato' Dr. Mohd Gazali Bin Abas, Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi)
4.00 petang : Sidang media
Jamuan
Mengenai MTDC
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) telah ditubuhkan pada tahun 1992 dengan objektif berikut - sebagai agen pemacu pembangunan syarikat berasaskan teknologi, menggalakkan pemindahan hasil penyelidikan dan pembangunan (P&P) tempatan dan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan industri modal teroka di Malaysia.
Semenjak Rancangan Malaysia ke-7 (RMK-7), MTDC telah diamanahkan oleh Kerajaan untuk menguruskan dana khas kepada syarikat-syarikat Malaysia untuk meningkatkan kandungan teknologi mereka melalui pengkomersilan penyelidikan dan pembangunan (P&P) dan / atau pengambilalihan teknologi asing. Tidak hanya terhad kepada pengurusan dana, MTDC turut membangunkan pusat teknologi inkubator yang ditempatkan dibeberapa universiti dan institut penyelidikan tempatan bagi memberi fokus kepada pelbagai kluster industri.
Dengan gabungan dedikasi, ilmu, teknologi, inovasi, kredibiliti, sokongan dan perkhidmatan penjagaan yang diberikan kepada semua syarikat dalam ekosistemnya, menjadikan MTDC sebuah syarikat yang mempunyai gandingan lengkap, menghasilkan nilai dan membantu memperkembangkan ekonomi Negara.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Malaysian Technology Development Corporation (MTDC)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Alvirah Mohd Natt
Vice President, Corporate Communications Department
Tel : 017 212 2802
Emel : alvirah@mtdc.com.my
Nama : Sharus Shavek Sharudin
Associate, Corporate Communications Department
Tel : 012 358 4181
Emel : sharusshavek@mtdc.com.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|