|
|
|
|
Disember 19, 2025 -Jumaat |
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 05/07/2018
JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA PELANCARAN KEMPEN SKIM POTONGAN GAJI ZAKAT (SKIM THOHIR 2018)
Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP) akan mengadakan Pelancaran Kempen Skim Thohir Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018) pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Khamis 12 Julai 2018
Masa : 10.15 pagi
Tempat : Dewan Al-Qardhawi, Tingkat 7,
Wisma PPZ 68-1-6, Dataran Shamelin,
Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa,
56100, Kuala Lumpur
Pakaian Rasmi : Pejabat
PROGRAM
10.30 pagi : Ketibaan Tetamu Jemputan
10.55 pagi : Ketibaan VIP
11.00 pagi : Kata-kata Aluan Pengacara Majlis
: Bacaan Doa
11.05 pagi : Ucapan Perasmian Pelancaran Kempen Skim Thohir 2018 oleh
Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP
11.15 pagi : Pelancaran Kempen Skim Thohir 2018
: Tayangan Video Montaj Kempen Skim Thohir 2018
: Penyerahan Cenderahati Penghargaan Kepada Penaja dan Majikan
: Sesi Bergambar
: Sidang Akhbar
12.00 tghr : Makan Tengahari
: Bersurai
Objektif kempen ini adalah sebagai hebahan kepada masyarakat umum tentang kemudahan membuat potongan gaji zakat secara bulanan melalui Skim Thohir sekaligus meningkatkan pembayaran zakat melalui medium ini yang lebih mudah dan selamat.
Pelancaran kempen ini akan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff. Turut hadir, wakil penaja utama Kempen Skim Thohir iaitu Five Estect Travel Sdn. Bhd. dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang turut menjadi penaja kempen turun padang (kluster).
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sidang akhbar dan majlis tersebut.
Sumber : Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nur Haliza Abd Rahman
Pengurus Unit Komunikasi Korporat PPZ-MAIWP
Tel : 012-500 3547
Nama : Cik Norazlina Nordin
Tel : 019-728 3839
Nama : Cik Iylia Mardhiana
Tel : 019 550 6747
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|