|
|
|
|
Disember 19, 2025 -Jumaat |
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 13/07/2018
JEMPUTAN DAN HEBAHAN MEDIA KE PERTANDINGAN ROBOTIK KEBANGSAAN (NRC 2018) PERINGKAT NEGERI SELANGOR
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Selangor dan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor akan mengadakan Pertandingan Robatik Kebangsaan (NRC 2018) Peringkat Negeri Selangor pada 12 hingga 15 Julai 2018 (Khamis- Ahad).
Sehubungan itu, satu Majlis Perasmian Pembuka NRC 2018 dan Majlis Perasmian Penutup NRC 2018 akan diadakan seperti ketatapan berikut :
PERASMIAN PEMBUKA PERTANDINGAN ROBOTIK KEBANGSAAN (NRC2018)
Hari/Tarikh : Sabtu 14 Julai 2018
Masa : 3.30 Petang
Tempat : Dewan Tuanku Canselor, UPSI, Kampus Sultan Azlan Shah
Program
3.30 petang : Persembahan Buskers Semenso
4.00 petang : Kehadiran VIP
Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu UPSI
Bacaan doa
Ucapan Perasmian - Pengarah JPN Selangor
Penyampaian hadiah
5.00 petang : Bersurai
PERASMIAN PENUTUP PERTANDINGAN ROBOTIK KEBANGSAAN (NRC2018)
Hari/Tarikh : Ahad 15 Julai 2018
Masa : 3.30 Petang
Tempat : Dewan Tuanku Canselor, UPSI, Kampus Sultan Azlan Shah
Program
3.30 petang : Persembahan Buskers Semenso
4.00 petang : Kehadiran VIP
Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu UPSI
Bacaan doa
Ucapan Perasmian - TNC Hepa UPSI
Penyampaian hadiah
5.00 petang : Bersurai
Untuk makluman, seramai 321 pasukan melibatkan 155 pasukan dari sekolah rendah dan 166 pasukan dari sekolah menengah bakal berentap dalam 11 kategori yang dipertandingkan, iaitu Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi STEM (tema: Drag Racing), Open Sekolah Rendah (Food Matters), Regular (Rookie) - Sekolah Rendah (Reduce Food Waste), Regular (Pro) - Sekolah Rendah (Reduce Food Waste), Kategori NCR Footbal, Open - Sekolah Menengah Rendah (Food Matters), Open Sekolah Menengah Atas (Food Matters), Regular (Rookie) - Sekolah Menengah Rendah (Precision Farming), Regular (Rookie) - Sekolah Menengah Atas (Food Distribution), Regular (Pro) - Sekolah Menengah Rendah (Precision Farming) dan Regular (Pro) - Sekolah Menengah Atas (Food Distribution).
Pertandingan ini diadakan sebagai platform pembelajaran untuk membantu murid membina asas kukuh dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, reka bentuk serta teknologi maklumat dan komunikasi melalui pengalaman hands-on, membolehkan murid membina pemikiran logik dan sistematik semasa mereka merancang dan melaksanakan program melalui pemprograman robot serta memupuk semangat berdaya saing dan menerapkan nilai-nilai berfikir secara kreatif dan kritis.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan pertandingan tersebut.
SUMBER : Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Profesor Madya Dr. Maizatul Hayati Mohamad Yatim
Tel : 019 488 1039
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|