|
|
|
|
Disember 19, 2025 -Jumaat |
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 20/07/2018
JEMPUTAN MEDIA KE MAJLIS PENYERAHAN PERALATAN KEMPEN KESEDARAN KESELAMATAN JALANRAYA PEMUTIHAN 'BLACKSPOT' INISIATIF PERKESO BERSAMA PDRM
Dimaklumkan bahawa PERKESO akan mengadakan Majlis Penyerahan Peralatan Kempen Kesedaran Keselamatan Jalanraya Pemutihan 'Blackspot' Inisiatif Perkeso Bersama PDRM di atas seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Isnin 23 Julai 2018
Masa : 11.00 Pagi
Tempat : Dewan Utama, Aras 8, Menara PERKESO, 281 Jalan Ampang, 50538 Kuala Lumpur
Tetamu Kehormat : Tan Sri Dato' Sri Dr. Aseh B. Hj Che Mat, Pengerusi PERKESO
Objektif : Melibatkan serta menzahirkan komitmen majikan terhadap kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta promosi kesihatan sebagai satu agenda penting dalam aspek pencegahan kemalangan, selaras dengan Pelan Induk Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaaan (OSHMP2016 - 2020) serta Dasar Sumber Manusia Negara 2016 - 2020 bagi melahirkan tenaga kerja yang berpengetahuan terperinci mengenai budaya kerja selamat dan sihat.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Wan Norshakila Binti Abdul Satar
Tel : 012-6040 964
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|