Disember 19, 2025 -Jumaat

 
 
 

Rabu 25/07/2018

MAJLIS PERASMIAN PROMOSI JUALAN PROGRAM TUNAS NIAGA (PROTUNE) & PROGRAM PERINTIS USAHAWAN (PPU)

Wakil-wakil media adalah dijemput ke Majlis Perasmian Promosi Jualan Program Tunas Niaga (PROTUNE) & Program Perintis Usahawan (PPU) seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 26 Julai 2018

Masa : 3.00 petang

Tempat : Atria Warisan, Kompleks PKNS Shah Alam

Sila klik di sini untuk PROGRAM

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) terus komited dalam menjayakan agenda keusahawanan dengan memberi peluang kepada 159 orang pelajar sekolah terdiri daripada 53 buah sekolah terpilih di seluruh Negeri Selangor untuk menyerlahkan potensi keusahawanan menerusi Promosi Jualan Program Tunas Niaga (PROTUNE) dan Program Perintis Usahawan (PPU) berlangsung pada 25 hingga 28 Julai 2018.

Perasmian akan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datin Paduka Dr. Hajah Noraida binti Haji Mohd Yusof.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Ain
Tel : 03-55250331 atau 013-6826360

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.