|
|
|
|
Disember 19, 2025 -Jumaat |
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 30/07/2018
MAJLIS KESYUKURAN SEMPENA ULANG TAHUN PKNS KE-54
Dengan segala hormatnya semua rakan media adalah dijemput untuk membuat liputan di Majlis Kesyukuran Sempena Ulang Tahun PKNS Ke-54 seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Rabu 1 Ogos 2018
Masa : 3.00 Petang
Tempat : Grand Ballroom, Shah Alam Convention Centre (SACC)
Aturcara
2.30 petang : Ketibaan tetamu
2.45 petang : Ketibaan Ahli Pengurusan & Dif-dif Kehormat
3.00 petang : Ketibaan Dato' Menteri Besar Selangor
3.05 petang : Bacaan Surah Yasin, Tazkirah & Doa Selamat
4.00 petang : Ucapan Aluan Pengacara Majlis
Ucapan YBhg. Datin Paduka Dr. Hajah Noraida Bt Haji Mohd Yusof,
Ketua Pegawai Eksekutif PKNS
Ucapan Y.A.B. Tuan Amirudin Bin Shari,
Dato' Menteri Besar Selangor
Tayangan Montaj
Upacara Memotong Pulut Kuning
Jamuan Minum Petang
4.43 petang : Azan Asar & Solat Berjemaah
Bersurai
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) merupakan agensi kerajaan negeri yang bertanggungjawab merealisasikan agenda pembangunan terawal di Negeri Selangor sejak tahun 1964 akan mengadakan Majlis Kesyukuran sempena meraikan Ulang Tahun ke-54 penubuhannya pada 1 Ogos ini.
Majlis akan disempurnakan oleh Dato' Menteri Besar Selangor, Y.A.B. Tuan Amirudin Bin Shari.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
Kerjasama tuan/puan untuk membuat pengesahan kehadiran dengan kadar segera amat kami hargai.
SUMBER : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Ain
Tel : 03-5525 0300 / 013-682 6360
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|