Disember 19, 2025 -Jumaat

 
 
 

Rabu 01/08/2018

JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA MAJLIS KECEMERLANGAN LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (MTIB) 2018

Sukacita dimaklumkan agensi di bawah Kementerian Industri Utama (MPI), iaitu Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) akan mengadakan 'Majlis Kecemerlangan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia 2018' bagi menghargai khidmat bakti wargakerja MTIB yang telah menyumbang dengan cemerlang dan penuh dedikasi kepada MTIB.

Upacara berkenaan akan dihadiri oleh YB Puan Teresa Kok, Menteri Industri Utama seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 2 Ogos 2018

Masa : 9.30 pagi

Tempat : Dewan Cempaka, Aras 3A, Menara PGRM 2 Cheras, Kuala Lumpur


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis kecemerlangan tersebut.

SUMBER : Kementerian Industri Utama

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Kartina Hamzah
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Industri Utama
Tel : 016-483 6753

Nama : Fia Nazeta binti Azilah
Unit Komunikasi Korporat
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia
Tel : 011-2309 5796

-BERNAMA



 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.