Disember 19, 2025 -Jumaat

 
 
 

Isnin 06/08/2018

JEMPUTAN KE MAJLIS PENYAMPAIAN FAEDAH PERKESO KEPADA WARIS MANGSA GEMPA BUMI DI LOMBOK OLEH YAB DATO SERI DR WAN AZIZAH BINTI WAN ISMAIL, TIMBALAN PERDANA MENTERI

Dimaklumkan bahawa PERKESO akan mengadakan Majlis Penyampaian Faedah kepada waris mangsa gempa bumi di Lombok seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Rabu 8 Ogos 2018

Masa : 11.00 pagi

Tempat : Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Tingkat 3, Blok Menara, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur

Penyampaian Oleh : YAB Dato Seri Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia


YAB TPM akan menyampaikan Faedah PERKESO kepada waris (duda) Allahyarhamah Siti Nur Iess'mawida Bt Ismail yang telah meninggal dunia di Lombok pada 29 Julai 2018 akibat kejadian gempa bumi.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis penyampaian faedah tersebut.

SUMBER : PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : WAN NORSHAKILA BT ABDUL SATAR
Pengurus Unit Perhubungan Awam & Media
Cawangan Perkhidmatan Pelanggan
Bahagian Perancangan & Hal Ehwal Korporat
PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL
Tel : 012-6040 964

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.