|
|
|
|
Disember 19, 2025 -Jumaat |
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 06/08/2018
FORUM BICARA AD-DEEN SEMPENA ULANG TAHUN KE-17 IKIMFM
Bersempena ulang tahun ke-17 IKIMfm, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan Forum Bicara Ad-Deen pada 9 Ogos 2018 (Khamis)/4 Zulhijjah 1439H bertempat di Dewan Sajian, Institut Kefahaman Islam Malaysia, 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur.
Hari/Tarikh : Khamis 9 Ogos 2018
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Dewan Sajian, Institut Kefahaman Islam Malaysia, 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur
PROGRAM
10.30 pagi : Ketibaan tetamu jemputan & media
10.45 pagi : Ketibaan YB Puan Hjh. Fuziah Salleh
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama)
11.00 pagi : Aluan Pengacara Majlis (DJ Pyan & DJ Hadhari)
: Bacaan Doa
: Ucapan Aluan Pengurus Program Radio oleh Pn. Hajah Nik Hasnah Ismail
: Forum Bicara Ad-Deen Sempena Ulang Tahun Ke-17 IKIMfm
Moderator: DJ Syafiq Zulakifli
Panelis:
i) YB Hajah Fuziah binti Salleh
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama)
ii) YBhg. Datuk Prof. Dr. Azizan binti Baharuddin
Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia
12.15 tghari : Majlis Sidang Media
: Penyerahan Royalti kepada Penyumbang Audio Buku Terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd
i) Datuk Prof. Dr. Muhaya Muhammad
(Lasik Untuk Jiwa)
ii) Dato' Badli Shah Alauddin
(Segelas Air Segenggam Kopi)
iii) Ustaz Muhammad Abdullah
(Golden Rule)
iv) Ustaz Pahrol Mohd Juoi
(Laba Di Sebalik Bala)
: Sesi Bergambar
1.00 tghari : Jamuan makan / Bersurai
Pengenalan:
Progam yang dirancang sempena kempen sambutan ulang tahun ke-17 ini bertujuan memberi kesedaran kepada pendengar tentang kewujudan IKIMfm dalam arena penyiaran tanah air yang menyambut ulang tahun yang ke-17 pada 6 Julai 2018; sebagai sebahagian rangka promosi IKIMfm bersama media lain; dan platform untuk mempromosikan peranan IKIM dan IKIMfm di dalam menyampaikan kefahaman Islam di kalangan masyarakat.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan forum tersebut.
SUMBER : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Nama : Pn. Zawiah
Tel : 03-6204 6329 / 019-333 4253
Nama : Pn. Wan Zahidah
Tel : 03-6204 6330 / 019-276 8003
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|