Disember 19, 2025 -Jumaat

 
 
 

Isnin 06/08/2018

SESI KONSULTASI BAJET 2019 KEMENTERIAN INDUSTRI UTAMA BERSAMA WAKIL INDUSTRI

Kementerian Industri Utama akan mengadakan program Sesi Konsultasi Bajet 2019 Kementerian Industri Utama bersama Wakil Industri. Ini adalah selaras dengan prinsip libat urus awam (public engagement) antara kementerian dengan wakil-wakil industri utama untuk mendengar dan mendapatkan pandangan dan cadangan pihak industri sebagai input kepada penyediaan Bajet Tahun 2019.

Sesi berkenaan akan dihadiri oleh YB Puan Teresa Kok, Menteri Industri Utama seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Selasa 7 Ogos 2018

Masa : 12.00 tengah hari

Tempat : Dewan Serba guna, Aras G
Kementerian Industri Utama
Persiaran Perdana Presint 2, 62654 PUTRAJAYA


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sesi tersebut.

SUMBER : Kementerian Industri Utama

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Kartina Hamzah
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Industri Utama
Tel : 016-4836753

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.