Disember 19, 2025 -Jumaat

 
 
 

Selasa 07/08/2018

JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MAJLIS PERASMIAN BENGKEL NASIONAL PROGRAM MALAYSIA MY SECOND HOME (MM2H)

Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dibawah Kementerian Pelancongan,Seni dan Budaya Malaysia dengan kerjasama Persatuan Ejen MM2H (MM2HAA) akan mengadakan acara tahunan Bengkel Nasional Program MM2H.

Tujuan Bengkel Nasional MM2H adalah untuk memberi peluang kepada agen-agen Program MM2H sebagai platform pertemuan untuk membincang mengenai perkara-perkara berkaitan Program MM2H dengan semua pihak yang terlibat dengan perlaksanaan Program MM2H samada agensi agensi Kerajaan atau syarikat Swasta. Ketetapan adalah seperti berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 9 Ogos 2018

Masa : 8.40 Pagi

Tempat : Dewan Sebaguna MOTAC
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
Menara 1, No.2, Jalan P 5/6, Presint 5,
Putrajaya

VIP : YBhg. Datuk Rashidi Hasbullah
Ketua Setiausaha,
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya
Malaysia

Sila klik di sini untuk Program

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

SUMBER : Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : NUR FATIN AKHMA BINTI FAUZI
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
Tel: 03-8891 7188
Emel: fatinakhma@motac.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.