|
|
|
|
Disember 18, 2025 -Khamis |
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 08/08/2018
JEMPUTAN PENYERTAAN MEDIA KE IFLA WORLD LIBRARY AND INFORMATION CONGRESS (IFLA WLIC) 2018
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sebuah Jabatan di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MoTAC) dengan kerjasama Persekutuan Antarabangsa dan Persatuan Institusi Perpustakaan (IFLA) akan menganjurkan Kongres Sedunia Perpustakaan dan Maklumat IFLA WLIC ke-84 pada ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Jumaat-Khamis 24-30 Ogos 2018
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
Dijangka lebih 3,000 pustakawan dari seluruh dunia bakal menghadiri acara yang berprestij dan menarik untuk pustakawan ini. Tema kongres di Malaysia pada kali ini adalah Transformasi Perpustakaan, Tranformasi Masyarakat: Mencapai Yang Sukar Dicapai adalah sebagai pengiktirafan terhadap peranan yang dimainkan oleh perpustakaan dalam pembangunan sebuah negara terutama dalam kemampuan untuk mengubah masyarakat.
Pelbagai program dan aktiviti akan dijalankan dalam kongres selama tujuh hari termasuk Mesyuarat Lembaga Pengurusan dan Bahagian serta lebih daripada 150 sesi profesional dimana pembentangan kertas kerja akan dibuat termasuk pameran produk dan perkhidmatan perpustakaan tempatan dan antarabangsa. Lawatan ke perpustakaan, boulevard perpustakaan tempatan, malam budaya dan pameran poster dari seluruh dunia yang akan mempamerkan aplikasi dengan idea-idea inovatif bagi sektor perkhidmatan perpustakaan tempatan dan antarabangsa. Sebanyak tujuh belas mesyuarat satelit sebelum dan sesudah Kongres juga akan diadakan.
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) juga amat berbesar hati menjemput media untuk menyertai IFLA World Library and Information Congress (IFLA WLIC) 2018 ini. Bagi tujuan penyelarasan, YBhg Datuk / Dato' / Tuan / Puan adalah dimohon untuk membuat pendaftaran penyertaan media di pautan https://2018.ifla.org.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi menyertai IFLA World Library and Information Congress (IFLA WLIC) 2018 dan membuat liputan kongres tersebut.
SUMBER : Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Azfaradila binti Zainal Abidin
Tel : 03-2687 1763
E-mel : azfaradila@pnm.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|